Monday 24 March 2014

Erti Usrah Yang Sesungguhnya..

Assalamualaikum..
Ada apa pada USRAH?
pernah sesekali kita disapa sunyi.. 
ujian Allah yang pedih dan perih rasa diri ini tak sanggup tanggung..
Jatuh tersungkur kita kerana lemahnya jiwa dan iman..
Terasa hati ini kosong dan tak terisi..
Terasa seperti jauh dari Rahmat dan kasih Allah..buat kita termenung mencari apa yang kita inginkan
Mereka datang mengubah segalanya di dalam diri kita..
sabda nabi SAW:
ORANG MUKMIN BAGI ORANG MUKMIN ITU LAKSANA BANGUNAN YANG SEBAHAGIANNYA MEMPERKUATKAN BAHAGIAN YANG LAIN..
Mereka datang berTAARUF(berkenal) dgn kita..
Mereka datang untuk TAFAHUM(memahami) diri kita serta kelemahan kita..
Mereka datang untuk TAKAFUL(tolong mnolong) kita mngisi ilmu di hati mnghidupkan hati kita..
sahabat padanya ada panduan dan petunjuk Al-Quran dan As-sunnah..
Padanya ada sinar Cahaya dan Hidayah yang Allah utuskan darinya untuk kita..
padanya ada hak kebajikan untuk dibela..
Padanya ada kuasa cinta dari Allah yang luar biasa..
Apabila berUSRAH, kita berkumpul kerana Nya..
dengan harapan dengan akhirnya kita mencapai syurgaNya
kehebatan USRAH bukan pada namanya..
tetapi, istimewa usrah ialah siapa yang ada didalam kumpulan usrah ..
Rasullah kita berusrah mencari kekuatan tunjang sebuah kebangkitan Ummah
USRAH bukan mengalirkan masa dengan sia-sia
USRAH mengalirkan pahala untuk diri kita setiap detik kita berusrah bersama
Usrah bukan bererti kita berkumpul dalam bulatan kecik semata-mata tetapi membina seorang muslim yang mukmin dalam jiwa kita..
Tarik aku jika aku salah simpang dari hijrah..
Tegur aku jika aku tersasar..
tepuk aku jika tersalah..
Terima kasih kerana sudi berukhuwah denganku..
Terima kasih kerana sudi berkongsi ilmu dengan diri ku yg kosong..

No comments:

Post a Comment